Monday, May 21, 2018

1 MALAYSIA. No Racism. We Are All One Nation.

Lama betul peram blog ni. Last updated entah bila .

Pertama sekali, aku nak ucapkan Tahniah kepada Malaysia, kerana mendapat kerajaan baru. (terasa matang penulisan aku kali ni ) hehe. Sejujurnya, aku rasa bangga dengan pencapaian, perpaduan and semangat patriotik untuk pilihan raya tahun ni. Syabas sekali lagi!

Ada seorang Doktor berasal dari Egypt tanya kat aku ;

D: 'Siti, where are you from?' 
I: 'I'm from Malaysia doktor'
D: Owh really?! Anyway, congratulations!I've heard Tun M won for this election, he's becoming Prime Minister again ya? 
I : Owh, ya. I'm waiting for the official announcement later @ 5 pm . 


But seriously, time bersembang pasal benda ni, aku bangga dengan Malaysia . Thank you Che Det @ Tun M, thank you rakyat Malaysia. :)

Perpaduan,kerjasama dan semangat perpaduan semakin pupus ditelan arus.  Akan tetapi, kalau korang tinggal diluar negara, dalam community 'Malaysia' yang kecil. Alhamdulillah, semangat ni masih ada. That's the beauty of Malaysians. Tak kira la apa bangsa sekali pon.

Bulan September tahun lepas 2017, aku berkesempatan pergi ke Melbourne, Australia. Alhamdulillah, setiap kali aku keluar, aku jumpa Malaysians. Ada juga yang masih contact sampai sekarang. :D

Ada siap bawa kitorang pergi jalan-jalan hehe, alang-alang celop pekasam katanya. Time ni la brothers ni belanja kitorang makan >.< yippi! Bukan sekali tau, Malaysians belanja, pergi ke Melbourne Centre pon ade Malaysian belanja. Jadi, beberapa kali jugak la Along and aku pergi kedai die haha (nice trick guys) :D

Lepas perkenalkan diri. Disinilah kitorang sembang macam-macam tentang GST la, pendapatan di Malaysia , ekonomi Malaysia, and perpaduan antara kaum dimalaysia pon kitorang cakap jugak. Ideologi masig- masing keluar pasal isu-isu sesama ketika tu. Actually diorang dah jadi PR Aussie pon . They shared why they are staying in Australia and why they chosed Melbourne. Such a nice experience though. Sebab tu kalau travel, aku lebih suka pergi travel sendiri instead of grouping/ agency.





Time ni brother ni belanja, memang sedap benda ni EPL/EPP ke ape ntah nama di. Tak ingat . Lepas balik dari Brighton Beach. (dia yang tolong carikan makanan halal) :D


yang dua dari kiri tu bukan Cina ye. Itu abang aku, cakap Mandarin pon tak pandai. So jangan confuse . haha! 



I've met them, while we were waiting for tram . Time ni uncle ni tegur, tanye aku student ke ?
sebab diorang lost nak cari station mane diorang sepatutnya berenti. Dengan muka confident aku bagitau, macam orang dah duduk 5 tahun kat sane :p haha! Orang muda guyss mudaaa :p 

Uncle ni kerja kat  Qatar as an Engineer,disebabkan Saudi kan ade problem dengan Qatar. So, kitorang pon bergurau. Tak sangka still contact sampai sekarang . :D 

Aku rasakan percutian kali ni, banyak ajar aku erti perpaduan kaum.Baru tahu 'rupanya ramai juga Malaysians, bekerja di luar negara, instead of dalam negara kita sendiri'
They have some valids reasons why they've chosen this way. Not they, but we. haha! termasuk aku -__-

Okaylah, boleh la setakat nak share pengalaman sejemput dua ni :D bye!



Thursday, October 13, 2016

MEREKA TAK AKAN PERNAH FAHAM


Assalamualaikum. Hai.


Amacam topik seolah macam orang putus cintakan? haha! 

Tak tahu kenapa, sejak dari tahun lepas hinggalah ke hari ini,banyak timelines FB aku dibanjiri dengan tohmahan - tohmahan dan viral viral yang tak berfaedah . especially tentang nurse la kan.. Nurse tidur berdengkur la, nurse istagram cantik sehingga janggut imam gugur mencecah bumi la (hyperbola sangat ni), nurse seronok tengok *&%# la .. macam-macam.

I'm your silent reader guys :)
 terima kasih kepada mereka kerana meletakkan karier nurse sebagai karier 'carca merba'


sebab aku tahu,
kalau ada 10 orang yang mempertikai, 
pasti ada 100 orang yang menghargai :)

 Jadi hari ni, tiba tiba, angin apa ntah datang, rasa terpanggil untuk mengarang.
sedikit sebanyak diri rasa tercuit dengan idealogi bodoh mereka . oh ye, lupa , mereka ni kurang matang, jadi mereka hanya menulis mengikut emosi semata.

 Aku mungkin tidak akan membebel panjang sebab apa?? 
SEBAB MEREKA TAK AKAN PERNAH FAHAM. 

Tidak aku nafikan ada segelintir nurse yang perangai saling tak tumpah seperti  'iblis'. Tapi itu bukanlah penyebab kita boleh menyalahkan mereka yang lain. 
Betullah orang tua tua kata " disebabkan nila setitik habis rosak susu sebelanga"

tapi sedarkah kita,1 jari yang ditunding, maka ada 4 jari lagi tertunding pada diri kita sendiri tanpa kita sedar. 

Alhamdulillah. Aku berkecimpung dalam bidang ini. sebab?? Bidang yang membuka mata dan secara tak langsung membuka hati tentang apa itu ' kehidupanyang sebenar'. dalam bidang ni macam macam kau dapat nampak kat depan mata. Anak yang meninggalkan mak ayah yang tengah sakit, , anak yang dibiarkan oleh parents (semua harap nurse), manusia yang terlalu meninggi diri hingga lupa jejak tanah (sombong) dan tak lupa juga pada manusia yang nampak bijak tapi hakikat ,bodoh pada zahirnya , tak suka  terus complain dalam FB. haa.. ni paling ramai .. haha. apa punya zaman la. 


Semua ni aku pernah nampak depan mata.
kadang nurse kerah keringat, buat sehabis baik untuk pesakit, tapi langsung kami tak dihargai. kami tetap telan. walau kadang itu, kami juga sedih, dan terasa. Mereka kata, kami kerja sebab pesakit dah bayar. Ye benar. kami tak pernah lupa. Tapi berapa percent la sangat gaji yang kami dapat. Bukan merungut. tapi ini hakikat.

Bila deal dengan patient, kami tidak pernah merasakan kami jaga kerana 'wang'. kalaulah kami ni fikir kerana wang semata. Kami takkan buat kerja extra yang tak sepatutnya kami buat. Kadang cuti kami dipenuhi dengan memikirkan patient yang nazak mahupun tidak. macam mana keadaan sekarang. ubat apa doctor On Kan, dan Off kan. kadang cuti 3-4 hari, tetap tanya pada kawan yang bertugas pasal pesakit. adakala, kami lebih sedih melihat keadaan patient berbanding keluarga sendiri. Sebab apa?? kami lihat progress kesihatan mereka almost everyday. 


TAPI MEREKA TAKKAN PERNAH FAHAM. 
Yang korang faham, kalau tak kena tekak korang, korang complain. end of the story.

Manusia ni ada 2 tangan dan 2 kaki je. kadang 1 shift ada 3 orang staff nurse dan 1 orang pembantu nurse. patients ada 36. bayangkan 4 orang manusia ni nak layan 36 jenis perangai dan ragam. belum aku masukkan Doctor yang tiba tiba terkena saka (mengamuk tak tentu pasal) hehe. Itu belom cerita nak jaga relatives yang lebih 'sakit' daripada si pesakit.

Nurse. nampak simple. Padahal . Semua atas bahu nurse guys. SEMUA. Ubat - nurse, Buat round - nurse, pen - nurse, letak air kat meja - nurse, Billing - nurse, bila doctor nak datang, bila doctor nak balik, bila doctor nak meninggal ?? - pon nurse. haha . Sorry . gurau . lantai kotor - nurse. paper work dan sebagainya juga nurse. 

Orang kata ' kau takpalah kerja tak banyak guna otak, lebih kepada tenaga, senang la' kau orang ingat, nak ikut doctor buat round tu. akal tu takyah berfungsi ke? nak jawab soalan relatives patient yang macam soalan physics bercampur chemistry dan juga bio tu tapayah guna otak? Nak hafal diagnosis, Drip apa patient on, berapa titik sejam, berapa botol, CXR dah ready ke belom, apa plan investigation lain untuk yang seterusnya tu semua tak payah fikir? itu kalau satu doctor. tu belom cerita kalau satu patient ada 4 doctors. 

Ada juga yang kata 'kau kerja tak susah, hanya follow apa doctor order' kerja macam balaci. Hello. Balaci ni, yang akan quiry dengan doctor kalau mereka tersalah order ubat. balaci ini yang betulkan kalau mereka tersalah order plan untuk investigation. Dan manusia yang kau kategorikan sebagai 'balaci' ini yang sedaya upaya untuk buat sesuatu walaupun doctor tak order lagi. Dan balaci ini, kalau ada emergency case, akan proceed dulu apa yang perlu dilakukan, sebelom doctor sampai.

DAN INI SEMUA , ORANG DILUAR SANA TAK AKAN PERNAH FAHAM.

Jadi secara natijahnya, kau kerjalah dalam sektor apa pun. Tiada siapa yang memahami. ADA.  cuma beberapa percent. Kita perlu ingat , kita hidup didalam satu arena yang 'semuanya hanya dihujung jari'... Biarlah mereka kata, apa saja. Yang penting kita buat kerja kita. Lillahitaala. Kita tahu dimana kita. Jangan dilayan sangat, kerana nanti melarat. Jaga 'class' kita. Jangan menyalak seperti mereka. saling tak tumpah ibarat tin kosong. 



Bye. :)





Wednesday, September 21, 2016

Assalamualaikum, Hai. 

Sebenarnya aku nak mengobrol yang mana blog lama telah sampai ajal dia sejak tahun lepas . Innalillah. Yang paling menyedihkan, adalah sebab aku dah lupa segala khazanah password mahupun email blog tersebut. Jadi dengan itu, terhasillah blog baru ni!!!! ( sambil depaaaa tangan ) haha! 

kau ingat seronok?? banyak kisah-kisah kebudak budakan aku kot kat blog lama :'( dan ayat yang hentah hape hape pon banyak jugak.haha!tapi takpelah , blog ni merupakan blog yang ke 3 guys, ke 3 okay. apemenda benak sangat la nak ingat password pon aku tak tahu.haha! nok wat gano ye dop?? dengan adanya blog ni, inshaAllah aku dapat mengurangkan tahap kebosanan aku waktu cuti. InshaAllah. 

InshaAllah diusia yang dah meningkat 20 an ni.. yang mana sikit lagi nak 30 tuh :p penggunaan kosa kata mahupun titik tolak akan kupastikan di dalam blog ini di kawal ketat dan rapi . haaaa... gituuuu gituuu jahhh... 

takde banyak nak celoteh, nak bagi tahu ada blog baru  . tu je sebenarnya. haha! okay, bye! SALAM.